Lelaki sememangnya sukar diramal. Tidak semua gerak gerinya dapat di baca. Namun, satu pekara yang sememangnya mereka tidak boleh sorokkan iaitu 10 tanda bila si dia mula angau dengan mu. Jom ketahui bagaimana rahsianya mula terbongkar.
1) MULA BERI BERIBU PERHATIAN
Jika sikapnya yang dahulu acuh tak acuh sudah tidak kelihatan, dan si dia mula memberimu beribu perhatian itu tandanya si dia mula mengambil berat tentang mu.
2) INGAT SEGALA PEKARA TENTANG MU
Wah nampaknya si dia memang serius dengan setiap perbualan kamu. Segala tentang kamu walaupun sekecil semut sekalipun si dia masih ingat dan tidak lupa, itu bermakna si dia memang peka dengan apa sahaja yang sedang dibualkan oleh kamu berdua.
3) TIDAK AKAN MENYUSAHKAN KAMU
Si dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan kamu. Jadi jika kamu dalam kesusahan jangan panik, si dia pasti akan menolongmu.
4) TIDAK MUDAH MENABUR JANJI
Lelaki yang benar-benar mencintai kamu tidak akan sewenang-wenangnya menabur janji pada kamu. Ini kerana, mereka takut untuk memungkiri janji dan melukakan hati kamu
5) MENCINTAI SEGALA KELEMAHAN MU
Bila si lelaki mula mencintai setiap kelemahan kamu itu bermakna si dia betul-betul menerima kelebihan dan kelemahan kamu. Inilah masanya untuk kamu berterima kasih padanya kerana si dia sanggup menerima segala kelemahanmu.
6) BERI LAYANAN ISTIMEWA
Lelaki ni selalunya, bila dia menganggap seseorang itu hanya sebagai kawan dia akan bersikap 'natural' sahaja. tetapi, bila dia dah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa, tentunya kamu akan di layan dengan sehabis baik!
7) KAMU LAH SATU-SATUNYA DI FIKIRANNYA
Jejaka yang benar-benar mencintai kamu tidak akan sesekali cuba mendekati wanita lain. Si dia akan mula berkelakuan seperti kamu sahaja wanita yang ada dalam fikirannya. Besar kemungkinan takut-takut kamu pula yang akan rasa seperti dikong-kong dan rimas.
8) SENTIASA MENCURI MASA UNTUK BERJUMPA
Ada sahaja alasannya untuk berjumpa dengan mu. Bila si dia mula cuba mencuri masa untuk bersama kamu itu bermakna si dia benar-benar mahu menghabiskan waktu hanya bersama kamu.
9) SUKAR MEMBERI ALASAN MENGAPA DIA MENCINTAIMU
Bila si jejaka sukar untuk menerangkan mengapa dia mencintaimu itu bermakna si dia benar-benar sudah jatuh hati dengan mu!
10) BERSEDIA UNTUK BERJUMPA DENGAN ORANG TUA MU
Bukan mudah untuk si dia berani berhadapan dengan orang tua mu. Jika si dia mula menunjukan respon dan gerak geri yang positif ketika ingin berjumpa dengan keluarga mu itu bermakna si dia sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.